Terbitan baharu MGS 15 tahun catat permintaan sederhana, hasil purata 3.766% - Maybank IB | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Terbitan baharu MGS 15 tahun catat permintaan sederhana, hasil purata 3.766% - Maybank IB

Oleh HAMDEN RAMLI

KUALA LUMPUR 15 Jan - Terbitan baharu Malaysian Government Securities (MGS) 15 tahun hari ini mencatatkan permintaan yang sederhana, dengan nisbah bidaan kepada liputan (bid/cover) pada 1.94 kali, sekali gus gagal menunjukkan pemulihan kukuh dalam tempoh matang panjang, menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB).

 

Firma penyelidikan itu berkata, walaupun paras bid-to-cover menunjukkan minat yang baik, ia masih di bawah ambang 2.5 kali yang dianggap kukuh bagi sekuriti baharu, terutama bagi pelabur yang memanfaatkan tempoh matang panjang dan aktiviti pembinaan semula inventori pada awal tahun.

 

"Sebut harga when-issued (WI) dibuka pada 3.78/75% pada awal pagi dan kekal mendatar sepanjang sesi. WI akhirnya diniagakan pada 3.76% lewat pagi walaupun tiada petunjuk peningkatan ketara dalam bid-to-cover, sebelum mengukuh sedikit kepada 3.77/758% menjelang penutupan," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

 

Menurut Maybank IB keputusan lelongan menunjukkan hasil purata berjaya pada 3.766% dengan paras cut-off terkawal pada 3.775%, menghasilkan ekor sederhana sebanyak 0.9 mata asas (cut-off ditolak purata).

 

Firma itu menjangkakan lelongan seterusnya akan menyaksikan terbitan baharu GII 30 tahun dengan jumlah saiz terbitan dianggarkan RM5 bilion, termasuk RM2 bilion melalui penempatan persendirian. - DagangNews.com