Steel Hawk peroleh kontrak penyelenggaraan tiga tahun di Kompleks Bersepadu Pengerang | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Steel Hawk peroleh kontrak penyelenggaraan tiga tahun di Kompleks Bersepadu Pengerang

Oleh HAMDEN RAMLI

KUALA LUMPUR 19 Mac - Steel Hawk Bhd memperoleh kontrak bagi kerja-kerja penyelenggaraan am pemesinan bengkel di Centralised Maintenance Workshop, Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), Johor.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata kontrak selama tiga tahun tersebut dianugerahkan kepada anak syarikat milik penuhnya, Steel Hawk Engineering Sdn Bhd oleh PRPC Utilities & Facilities Sdn Bhd.

 

Menurutnya, kontrak berkenaan adalah berasaskan panggilan (call-out) dan tidak mempunyai nilai tetap.

 

“Steel Hawk akan menyediakan perkhidmatan yang ditetapkan mengikut keperluan sepanjang tempoh kontrak,” katanya.

 

Tambah syarikat itu, kontrak berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026. 

 

Penganugerahan ini dilihat mengukuhkan lagi kedudukan Steel Hawk dalam segmen perkhidmatan penyelenggaraan industri minyak dan gas, khususnya di hab tenaga utama negara di Pengerang. - DagangNews.com