Sebelum Tetamu Sampai: 5 Masalah Rumah Yang Selalu Diabaikan (Dan Cara Mudah Atasinya) | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Sebelum Tetamu Sampai: 5 Masalah Rumah Yang Selalu Diabaikan (Dan Cara Mudah Atasinya)

Oleh Muhammad Iman

Raya dah dekat. Langsir baru dah beli, kuih dah tempah, rumah dah mula kemas. Tapi ada satu benda yang ramai terlupa — atau sengaja tangguhkan — hinggakan sudah terlambat, iaitu kerosakan kecil di rumah.

 

Yang memang nampak. Yang kita selalu cakap, "Nanti lah, lepas raya." Tapi bila tetamu dah nak sampai, baru nak kelam kabut.

 

Jadi, sebelum itu jadi kenyataan tahun ni, jom selesaikan dulu lima masalah biasa ini — kebanyakannya boleh buat sendiri, tanpa perlu panggil kontraktor.

 

1. Air Menitik Dari Balkoni Atau Bumbung

Masalah ni bukan sahaja dialami oleh penghuni apartment atau kondominium — tuan rumah teres dan banglo pun tidak terkecuali.

Sama ada air menitik dari bumbung, balkoni, atau dinding luar, punca biasanya bermula dari retakan kecil yang dibiarkan terlalu lama sehingga cat mula mengelupas dan air mula meresap masuk. Jangan tunggu sampai ia jadi lebih serius.

Tutup dulu retakan tersebut, kemudian sapukan lapisan kalis air yang sesuai. Kalau ragu-ragu macam mana nak mula, tanya pakar di kedai bahan binaan berhampiran — mereka boleh cadangkan produk dan cara yang betul.

 

solar

 
 

2. Celah-Celah Nat Jubin Yang Dah Hitam

Nat jubin yang bertukar hitam atau kelabu di bilik air atau dapur bukan sekadar tidak cantik — ia tanda kulat dan kelembapan yang boleh merebak.

Cuba bersihkan dengan pembersih yang sesuai. Kalau dah teruk, gunakan sealant kalis air untuk menutup semula nat tersebut supaya ia tahan lebih lama dan lebih mudah dijaga.

Ini adalah antara perkara paling kecil yang buat rumah nampak baru balik.

 

solar


 

solar

 

3. Retak Halus Pada Dinding Dan Siling

Retak halus adalah perkara biasa, terutama dalam rumah yang dah berusia. Ia berlaku akibat pergerakan bangunan dan perubahan suhu. Walaupun ia nampak kecil, kalau dibiarkan ia boleh membesar.

Isi dengan crack filler, biarkan kering, ampelas, dan cat semula. Boleh siap dalam sehari — dan kesannya memang ketara.

 

solar

 

solar

 

4. Celah Di Sekitar Bingkai Tingkap Dan Pintu

Celah kecil antara bingkai tingkap dan dinding adalah punca utama air masuk waktu hujan lebat. Ia juga jalan masuk serangga dan memberi kesan kepada kecekapan pendingin udara.

Gunakan foam sealant untuk menutup celah ini — mudah diaplikasi, kering cepat, dan tahan lama. Ini adalah fix yang murah tapi impaknya sangat besar terutama pada musim hujan.


 

sika

 

solar

 


5.Jubin Lantai Yang Berbunyi Kosong

Cuba ketuk lantai rumah anda perlahan-lahan. Ada yang berbunyi kosong atau "pop"? Itu tanda pelekat di bawah jubin dah longgar. Kalau dibiarkan, jubin boleh retak atau terangkat.

Untuk kawasan yang kecil, masalah ini masih boleh diatasi sebelum ia jadi lebih teruk dan mahal untuk dibaiki.


 

solar

 

Jangan Tunggu Sampai Esok

Kebanyakan masalah di atas boleh diselesaikan dalam masa satu atau dua hujung minggu. Yang penting — jangan tangguh.

Jika anda perlukan panduan lanjut tentang produk yang sesuai untuk setiap masalah ini, laman web dan media sosial Sika Malaysia menawarkan banyak tip berguna, tutorial langkah demi langkah, serta promosi menarik untuk tuan rumah yang ingin DIY sendiri.

Selamat menyambut Hari Raya — semoga rumah anda secantik suasana perayaannya. - DagangNews.com