KUALA LUMPUR 11 Mac – Harga petrol RON95 petrol di Malaysia akan kekal pada paras RM1.99 seliter walaupun harga minyak mentah global meningkat susulan konflik yang berterusan di Timur Tengah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga bahan api tersebut bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.
Beliau turut memberi jaminan bahawa bekalan bahan api negara adalah mencukupi dan dijangka mampu menampung keperluan sehingga Mei tahun ini.
"Kita dalam keadaan yang sangat membanggakan, Alhamdulillah. Bila kita semak dengan PETRONAS terutamanya, kita dapati bekalan produk petroleum mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei 2026.
"Ini tentunya berbeza daripada keadaan di kebanyakan negara lain. Sebab itu, saya selalu tekankan mengenai isu tatakelola pengurusan yang cekap, beramanah dan profesional," katanya pada sidang media khas di pejabatnya di Putrajaya, hari ini. - DagangNews.com








