KUALA LUMPUR 24 Feb – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$127.9 bilion pada 13 Februari 2026.
BNM berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan, serta bersamaan 0.9 kali jumlah hutang luar jangka pendek negara.
Komponen utama rizab antarabangsa BNM adalah rizab mata wang asing, AS$112 bilion; kedudukan dalam Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) AS$1.3 bilion; Hak Pengeluaran Khas (SDR) AS$6 bilion; Emas, AS$6.1 bilion dan aset rizab lain AS$2.5 bilion.
Dari segi ringgit, jumlah aset keseluruhan BNM mencecah RM605.1 bilion merangkumi emas, tukaran asing & SDR, RM518.62 bilion; kertas kerajaan Malaysia (MGS/GII), RM13.42 bilion dan deposit dengan institusi kewangan RM1.13 bilion.
Pinjaman dan pendahuluan, RM28.65 bilion; Tanah & bangunan, RM4.56 bilion dan aset lain RM38.7 bilion.
Jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM605.1 bilion terdiri daripada modal dibayar, RM100 juta; Rizab BNM: RM200.7 bilion, Mata wang dalam edaran: RM186.39 bilion dan Deposit institusi kewangan: RM108.04 bilion.
Selain itu, Deposit kerajaan persekutuan: RM3.6 bilion, Deposit lain: RM65.53 bilion, Kertas BNM: RM9.04 bilion, Peruntukan SDR: RM26.83 bilion dan Liabiliti lain: RM4.82 bilion. - DagangNews.com








