Rex Industry terima tawaran pengambilalihan mandatori bersyarat RM26.81 juta daripada ETA Industries | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Rex Industry terima tawaran pengambilalihan mandatori bersyarat RM26.81 juta daripada ETA Industries

KUALA LUMPUR 13 Jun - Rex Industry Bhd menerima notis tawaran pengambilalihan mandatori bersyarat daripada ETA Industries Sdn Bhd bernilai RM26.81 juta secara tunai.

 

Tawaran tersebut dibuat melalui UOB Kay Hian Securities Sdn Bhd.

 

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu menyatakan, bahawa ETA Industries memperoleh sebanyak 266.98 juta saham biasa, mewakili 40.59% daripada jumlah saham, pada harga 10 sen sesaham dan 21.48 juta waran, mewakili 39.18% daripada waran, pada harga setengah sen daripada Darmendran Kunaretnam dan Daiman Taipan Sdn Bhd.

 

Di bawah peraturan pengambilalihan, ETA Industries dikehendaki melanjutkan tawaran kepada pemegang saham Rex Industry yang selebihnya.

 

Tawaran tersebut akan kekal dibuka untuk penerimaan sehingga pukul 5 petang bagi tempoh tidak kurang daripada 21 hari dari tarikh penghantaran dokumen tawaran.

 

Dagangan sekuriti Rex Idnustry telah digantung dari pukul 2.30 hingga 3.30 petang hari ini. - DagangNews.com