Ranhill Utilities lantik Raja Datuk Zamilia sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa 17 Februari 2025 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Ranhill Utilities lantik Raja Datuk Zamilia sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa 17 Februari 2025

Raja Datuk Zamilia Raja Mansur. Gambar/Protect Health Dev
Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 18 Feb - Ranhill Utilities Bhd melantik pakar komunikasi, Raja Datuk Zamilia Raja Mansur sebagai Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif, berkuat kuasa 17 Februari 2025.

 

Penyedia rumusan alam sekitar dan tenaga itu berkata, Raja Zamilia mempunyai latar belakang luas dalam komunikasi strategik, pengurusan reputasi dan perancangan korporat.

 

"Beliau mempunyai lebih 30 tahun pengalaman merentas pelbagai industri, termasuk kesihatan, perbankan Islam, penerbangan dan automotif.

 

"Beliau juga pernah memegang jawatan penting di Kuwait Finance House (Malaysia) Bhd, Malaysia Airlines Berhad, FGV Holdings Bhd dan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd," kata Ranhill Utilities dalam satu pemfailan di Bursa Malaysia, semalam.

 

Untuk sembilan bulan pertama berakhir 30 September 2024 (3Q24), Ranhill Utilities mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM33.2 juta daripada hasil sebanyak RM1.752 bilion. - DagangNews.com