KUALA LUMPUR 7 Feb - Prospek ITMAX System Bhd dilihat positif selepas berjaya mengukuhkan kehadirannya dalam segmen pengurusan tempat letak kereta pintar di Johor.
Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research berkata, kejayaan terbaharu kumpulan itu meraih kontrak keenamnya di Johor akan terus memacu pendaoatan syarikat ke tahap yang lebih baik.
"Kami yakin dengan kemampuan kumpulan dan perkembangan itu mengukuhkan lagi kepercayaan kami yang kontrak terbaharu ini kan melonjakkan pendapatannya ke kedudukan lebih baik.
"Kami mengekalkan saranan "beli" dengan harga sasaran (TP) tidak berubah ebanyak RM4.71 sesaham," katanya dalam satu nota kajian.
Terdahulu, kumpulan itu menerusi Southmax Sdn Bhd menerima surat pelantikan daripada Majlis Perbandaran Pontian untuk menjadi pengendali tempat letak kereta pintar untuk 4,000 hingga 5,000 petak letak jalan.
ARTIKEL BERKAITAN: ITMAX System dilantik pengendali tempat letak kereta pintar di Pontian, projek keenam seumpamanya di Johor
Kontrak itu menjangkau 15 tahun, bermula pada 1 Februari 2025, dan berakhir pada 31 Januari 2040.
“Dengan ini, kami yakin kumpulan itu akan dapat meluaskan jangkauannya ke 10 daerah lagi di Johor," katanya.
Firma penyelidikan itu berkata, berdasarkan perkiraan dengan mengandaikan kadar penggunaan 40% untuk 10 jam sehari (8 pagi hingga 6 petang), diterjemahkan kepada empat jam sehari penggunaan.
Memandangkan operasi tempat letak kereta selama enam hari untuk 4,500 tempat letak kereta pada kadar 60 sen sejam, ini akan menjana pendapatan bulanan RM259,000, atau RM3.1 juta setahun.
Di bawah model perkongsian hasil 70%-30%, ITMAX akan menerima RM2.2 juta setahun.
Dengan mengandaikan margin 50%, kontrak itu boleh menyumbang sekitar RM1.1 juta kepada keuntungan ITMAX setiap tahun.
"Kami percaya sistem bersepadu dan rumusan bandar pintar buatan sendiri ini merupakan kes yang menarik, memandangkan potensi pertumbuhannya yang berbilang tahun di belakang buku pesanan dan tender yang kukuh," katanya. - DagangNews.com








