PJBumi perluas operasi O&G ke Indonesia melalui perjanjian dua tahun | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PJBumi perluas operasi O&G ke Indonesia melalui perjanjian dua tahun

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 28 Okt – PJBumi Bhd melalui anak syarikatnya, PT Indodrill Bumi Perkasa menandatangani perjanjian penyelenggaraan telaga minyak dan gas (O&G) dengan pengendali O&G Indonesia, KSO PT Pertamina–PT Petro Papua Mogoi Wasian.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, perjanjian induk (umbrella agreement) itu dimeterai pada 24 Oktober lalu dan melibatkan penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan telaga oleh Indodrill Bumi Perkasa kepada pengendali berkenaan.

 

“Tempoh perjanjian berkenaan adalah selama dua tahun sehingga 23 Oktober 2027. 

 

“Nilai perjanjian tidak didedahkan kerana ia bergantung kepada pesanan perkhidmatan (service orders) yang akan dikeluarkan oleh pihak pengendali dari masa ke semasa,” kata PJBumi.

 

KSO PT Pertamina–PT Petro Papua Mogoi Wasian adalah pengendali minyak dan gas yang ditubuhkan di bawah perjanjian usaha sama antara PT Pertamina EP dan PT Petro Papua Mogoi Wasian. 

 

Syarikat tersebut memegang konsesi bagi aktiviti penerokaan dan pengeluaran di blok Mogoi Wasian, Indonesia.

 

PT Indodrill Bumi Perkasa pula merupakan syarikat perkhidmatan sokongan kejuruteraan bersepadu dalam sektor minyak dan gas, yang menyediakan pelbagai penyelesaian teknikal untuk operasi huluan industri tersebut.

 

PJBumi bagaimanapun tidak mendedahkan pemegang baki 10% kepentingan dalam anak syarikat tersebut. - DagangNews.com