Perdana Menteri sedang jalani pemeriksaan, prosedur ditetapkan pasukan pakar perubatan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Perdana Menteri sedang jalani pemeriksaan, prosedur ditetapkan pasukan pakar perubatan

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan.

 

Menerusi kenyataan hari ini, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan Anwar dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.

 

“Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan serta prosedur Perdana Menteri dipermudahkan dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat, insya-Allah,” katanya. - BERNAMA

 

PM Pemantauan