Pelabur asing kembali jual ekuiti RM63.7 juta di Bursa Malaysia: MBSB Research | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pelabur asing kembali jual ekuiti RM63.7 juta di Bursa Malaysia: MBSB Research

Oleh AMREE AHMAD

KUALA LUMPUR 20 April — Pelabur asing kembali menjual ekuiti di Bursa Malaysia selepas tiga minggu sebagai pembeli, dengan mencatatkan aliran keluar bersih RM63.7 juta, kata MBSB Research.


Firma penyelidikan itu berkata, jualan tertinggi dicatatkan pada tiga daripada lima hari dagangan dengan Rabu yang paling tinggi (RM102.3 juta), diikuti Khamis (RM87.5 juta) dan Jumaat (RM59.0 juta).


Tiga sektor utama jelasnya, mencatatkan aliran masuk bersih asing yang paling besar iaitu perkhidmatan kewangan sebanyak RM342.0 juta, disusuli tenaga (RM37.2 juta) serta perladangan (RM32.3 juta).

 

 

 

 

 


"Tiga sektor pula namun menyaksikan aliran keluar bersih asing tertinggi iaitu utiliti (RM103.7 juta), penjagaan kesihatan (RM99.1 juta) serta perkhidmatan dan produk pengguna (RM79.5 juta)," katanya.


MBSB Research dalam nota analisis tersebut menambah, institusi tempatan kembali mencatatkan pembelian bersih sebanyak RM273.3 juta selepas tiga minggu berturut-turut sebagai penjual.

 

 

 

 

 


Pada masa yang sama jelasnya, pelabur runcit tempatan pula mencatatkan rentak penjualan bersih selepas seminggu menjadi pembeli, dengan jumlah aliran keluar mencecah sebanyak RM209.6 juta.


Purata jumlah dagangan harian (ADTV) katanya, adalah bercampur-campur dengan peruncit tempatan, dan pelabur asing naik masing-masing 6.4% dan 9.8%, manakala institusi tempatan susut 1.9%. - DagangNews.com