MPay terima kontrak sedia peranti pembayaran terbuka bagi pembelian tiket feri daripada Penang Port | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MPay terima kontrak sedia peranti pembayaran terbuka bagi pembelian tiket feri daripada Penang Port

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 19 Feb - Managepay Systems Bhd (MPay) menerusi ManagePay Services Sdn Bhd menerima kontrak daripada Penang Port Sdn Bhd bagi menyediakan peranti pembayaran terbuka bagi sistem tiket feri dan kiosk layan diri di Pulau Pinang.

 

Menerusi kontrak itu, kumpulan itu dikehendaki mereka bentuk, membangun, membekal, memasang, menguji, mengintegrasikan, mentauliahkan dan menyelenggara peranti pembayaran terbuka di halangan tiket feri dan kiosk layan diri bersepadu untuk pembelian tiket QR cetak sendiri.

 

Nilai kontrak itu bagaimanapun tidak dinyatakan.

 

"Kumpulan itu perlu menyediakan perkhidmatan berdasarkan keperluan dan kepuasan Penang Port untuk tempoh 52 bulan, bermula dengan arahan bertulis daripada pegawai penguasa," katanya dalam atu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Kontrak itu tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham terbitan dan pegangan saham pemegang saham utama syarikat.

 

Bagaimanapun, ia dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 dan seterusnya. - DagangNews.com