Misi diplomasi MADANI diteruskan ke Gyeongju sempena persidangan APEC - PM Anwar | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Misi diplomasi MADANI diteruskan ke Gyeongju sempena persidangan APEC - PM Anwar

Oleh Hamden Ramli

KUALA LUMPUR 30 Okt - Selepas kejayaan di Sidang Kemuncak ASEAN, misi diplomasi MADANI diteruskan ke Gyeongju, Republik Korea dalam Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi sempena sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sidang ini menjadi medan penting untuk memperkukuh jaringan kerjasama ekonomi serantau dan memperluas perdagangan yang adil.

 

"Selain itu sidang itu juga akan memperkasa agenda kemampanan dan kesejahteraan sejagat.

 

"Mohon doa dan dukungan agar perjalanan serta urusan delegasi Malaysia dipermudah, Insya-Allah," kata Perdana Menteri dalam hantaran terbaharu di Facebook hari ini. 

 

pm korea

 

Antara kejayaan besar yang dicapai semasa penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 baru-baru ini termasuk penerimaan Timor-Leste sebagai anggota ke-11 ASEAN serta termeterainya  Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Thailand dan Kemboja, yang wajar dijadikan kebanggaan bersama rakyat Malaysia.

 

pengiktirafan antarabangsa, termasuk daripada kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS), terhadap peranan aktif Malaysia dalam menjayakan rundingan damai di rantau ini jelas membuktikan keupayaan diplomatik negara yang semakin diyakini dunia. - DagangNews.com