MH Hotel Ipoh saji lebih 50 juadah Iftar Nusantara, harga kekal sejak dua tahun | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MH Hotel Ipoh saji lebih 50 juadah Iftar Nusantara, harga kekal sejak dua tahun

MH Hotel Ipoh menyajikan lebih 50 hidangan iftar yang bertukar setiap hari.
Oleh Zaki Salleh

IPOH 25 Feb -  MH Hotel Ipoh menyajikan lebih 50 juadah pada Santapan Iftar Nusantara Ramadan Buffet Dinner 2026 yang menepati dengan selera masyarakat pelbagai kaum.

 

Lebih menarik apabila MH Hotel Ipoh masih mengekalkan harga sama sejak dua tahun lalu agar tidak membebankan pelanggan.

 

Harga ditawarkan ialah RM58.80 bagi dewasa, RM51.80 warga emas dan RM44.80 kanak-kanak.

 

Promosi khas pula diberi untuk tempahan berkumpulan melebihi tiga orang yang menawarkan harga RM55 bagi dewasa.

 

Perak

 

Ketua Cef MH Hotel Ipoh, Gosti Mohammad Firdaus Abd Aziz berkata, harga tersebut adalah berbaloi dengan pelbagai pilihan juadah termasuk masakan barat, Cina dan India.

 

Menurut beliau, keunikan buffet Ramadan tahun ini terletak pada menu yang berubah setiap hari menepati selera masyarakat pelbagai kaum.

 

“Antara tarikan utama ialah sup tulang berdengung dan sup kambing Nusantara yang menjadi pilihan pelanggan setiap tahun.

 

“Kami menyediakan lebih 50 jenis menu termasuk hidangan utama seperti patin tempoyak dan udang tempoyak yang sinonim dengan citarasa orang Perak.

 

Perak

 

Perak

 

“Selain itu, kita tampilkan empat set menu berbeza yang berubah setiap hari bagi memberi kelainan kepada pengunjung,” katanya.

 

Hidangan lain yang turut menjadi tumpuan termasuk nasi kapsah, kambing bakar dan lamb shoulder yang disediakan setiap hari.

 

Tidak ketinggalan pelbagai jenis kerabu sebagai pembuka selera serta pilihan pencuci mulut.

 

Tambah Gosti Mohammad Firdaus, pihaknya juga menampilkan elemen makanan Cina dan India seperti lamb paratel serta lamb kurma, selain ayam panggang dan barbeku.

 

Perak

 

Perak

 

Perak

 

 

Menurutnya, sambutan pelanggan terhadap bufet Ramadan hotel itu terus memberangsangkan apabila tahun lalu pihaknya menerima sehingga 500 pengunjung sehari.

 

“Dewan utama hotel ini boleh memuatkan lebih 500 orang pada satu-satu masa selain kemudahan seperti surau dan tempat letak kereta yang banyak.

 

“Orang ramai yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi MH Hotel di talian 05-545 1000 atau 013-523 2288,” ujarnya. - DagangNews.com