MCMC pelawa orang ramai kemuka pandangan mengenai kaedah penyimpanan, pemeliharaan, pendedahan data komunikasi bagi tujuan siasatan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MCMC pelawa orang ramai kemuka pandangan mengenai kaedah penyimpanan, pemeliharaan, pendedahan data komunikasi bagi tujuan siasatan

Oleh JOHARDY IBRAHIM

CYBERJAYA 26 Julai - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan satu Konsultasi Awam berkenaan Penyimpanan, Pemeliharaan dan Pendedahan Data Komunikasi bagi Tujuan Penyiasatan.

 

Seiring dengan peningkatan kes penipuan dalam talian, jenayah siber dan aktiviti penipuan digital yang semakin berleluasa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, usaha memastikan keselamatan awam serta menyokong penguatkuasaan undang-undang menjadi semakin penting.

 

Antara cabaran utama yang dihadapi oleh pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang adalah memastikan siasatan dapat dilakukan dengan cepat dan berkesan melalui akses tepat pada masanya terhadap data komunikasi yang sahih.

 

Objektif utama Konsultasi Awam ini adalah untuk mendapatkan pandangan daripada para pemegang taruh dan orang awam mengenai cara data komunikasi harus disimpan, dipelihara dan didedahkan bagi menyokong keperluan siasatan tanpa menjejaskan kepentingan awam.

 

MCMC menjemput orang awam, pihak industri dan mana-mana pihak yang berkepentingan untuk mengemukakan pandangan terhadap kertas Konsultasi Awam yang boleh didapati [klik di bahagian gambar di bawah].

 

Alamat:
Pengerusi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
Menara MCMC 1, Jalan Impact, Cyber 6,
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan
(U.P: Bahagian Dasar Regulatori)

E-mel:
[email protected]

 

Penyerahan pandangan secara bertulis boleh dibuat dalam bentuk salinan fizikal atau elektronik ke alamat, e-mel atau melalui borang Microsoft Forms selewat-lewatnya pada jam 5:00 petang, 8 Ogos 2025 (Jumaat). - DagangNews.com