MCMC kenal pasti, padam 31 akaun palsu Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MCMC kenal pasti, padam 31 akaun palsu Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC)

Oleh JOHARDY IBRAHIM

CYBERJAYA 4 Sept – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenal pasti dan memadam 31 akaun palsu di Facebook yang menyalahgunakan nama Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

 

Tindakan tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja mengelirukan orang ramai, malah turut menggugat usaha serta menjejaskan fokus NSRC dalam melindungi masyarakat daripada jenayah penipuan dalam talian.

 

MCMC menegaskan bahawa maklumat rasmi mengenai NSRC hanya boleh diperoleh melalui saluran agensi penguat kuasa yang sah.

 

Orang ramai digesa sentiasa berwaspada, melaporkan sebarang akaun atau mesej meragukan kepada pihak berkuasa, serta bersama mempertahankan integriti NSRC.

 

MCMC akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), NSRC dan penyedia platform media sosial bagi mengekang penyebaran akaun serta maklumat palsu, demi keselamatan pengguna Internet di Malaysia. - DagangNews.com