MASwings tawar promosi ‘Merdeka Deals’ bermula RM133 sempena Hari Kebangsaan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MASwings tawar promosi ‘Merdeka Deals’ bermula RM133 sempena Hari Kebangsaan

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 14 Ogos - MASwings menawarkan promosi istimewa Merdeka Deals dengan tambang sehala termasuk semua caj bermula daripada RM133 sempena sambutan Hari Kebangsaan.

 

Tempoh tempahan promosi berkenaan bermula sekarang hingga 20 Ogos, manakala tempoh perjalanan sah bagi laluan antara Sabah, Sarawak dan Labuan sehingga 31 Disember 2025, menurut MASwings dalam kenyataan hari ini.

 

Tambang sehala bermula RM133 ditawarkan bagi laluan Sandakan–Lahad Datu, manakala dari Bintulu–Sibu bermula RM137.

 

Bagi laluan Miri–Mulu, tambang bermula RM141, dan RM145 untuk Sandakan–Tawau.

 

Sementara itu, tambang Miri–Bintulu dan Miri–Limbang bermula RM145, manakala Miri–Labuan bermula RM154.

 

Untuk laluan popular lain, tambang bermula RM171 bagi Kota Kinabalu–Labuan dan RM187 dari Miri–Sibu.

 

Tambang Kuching–Mukah dan Kota Kinabalu–Lahad Datu bermula RM187, manakala Kuching–Limbang bermula RM197.

 

Penerbangan ke Mulu pula bermula RM222 dari Kota Kinabalu dan RM255 dari Kuching.

 

Semua tiket ATR MASwings termasuk bagasi berdaftar 20kg dan sajian ringan.

 

Tawaran Merdeka Deals boleh didapati melalui laman web rasmi MASwings, pejabat tiket Malaysia Airlines, ejen pelancongan bertauliah serta Pusat Hubungan Global di 1300 88 3000.

 

Maklumat lanjut mengenai destinasi, tambang dan jadual penerbangan boleh dirujuk di laman web rasmi MASwings. - DagangNews.com