KUALA LUMPUR 7 Julai - KPJ Healthcare Berhad terus melakar kecemerlangan sebagai peneraju penjagaan kesihatan berteknologi tinggi apabila meraih 15 anugerah di Persidangan GlobalHealth Asia-Pacific 2025 (GHAPAC) yang berlangsung di Bangkok Thailand baru-baru ini.
Anugerah itu adalah pengiktirafan kecemerlangan dalam inovasi klinikal, penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan dan teknologi perubatan di seluruh rantau ini.
Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan berkata, sebanyak 15 anugerah berjaya diraih yang menjadikannya sebagai kumpulan penjagaan kesihatan dengan pencapaian tertinggi untuk tahun ini.
"Anugerah ini mencerminkan dedikasi dan kerja berpasukan warga kerja kami di seluruh rangkaian KPJ.
"Pengiktirafan yang merentasi pelbagai bidang kepakaran ini menyerlahkan keupayaan klinikal kami serta usaha berterusan untuk menambah baik perkhidmatan yang diberikan.
"Berpandukan aspirasi Care for Life, kami terus komited untuk menyampaikan penjagaan bertaraf dunia yang dipacu oleh inovasi dan pendekatan penuh belas ihsan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selaras dengan perlaksanaan agenda transformasi yang sedang digerakkan melalui KPJ Health System, pengiktirafan itu juga mengukuhkan lagi iltizam KPJ Healthcare untuk mempertingkatkan hasil rawatan pesakit dan menyampaikan nilai yang lebih bermakna kepada semua pihak berkepentingan.
Di bawah rangka kerja KPJ Health System, KPJ mengintegrasikan penjagaan klinikal, penyelidikan dan pendidikan merentasi rangkaian hospitalnya di seluruh negara.
Tambahnya, pencapaian itu mencerminkan fokus berterusan KPJ Healthcare dalam memperkukuh tawaran sub kepakarannya dan menyediakan penjagaan berkualiti tinggi yang berpusat kepada pesakit.
"Sebanyak tujuh hospital KPJ telah menerima pengiktirafan dalam pelbagai bidang klinikal, sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan Kumpulan sebagai peneraju dalam penjagaan khusus dan kecemerlangan perkhidmatan.
"Anugerah ini juga mengukuhkan lagi misi Kumpulan untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi dan mudah diakses kepada komuniti di Malaysia dan luar negara," katanya.
Ketika ini, KPJ Healthcare mengendalikan 30 hospital di seluruh Malaysia dan mempunyai empat Pusat Jagaan Ambulatori yang terletak di Kuala Lumpur, Pahang, Perak dan Selangor.
Mempunyai 1,647 perunding perubatan, KPJ Healthcare juga telah merawat lebih 3.3 juta pesakit setiap tahun.
Senarai penuh anugerah mengikut hospital adalah seperti berikut:
1) Hospital Pakar KPJ Tawakkal KL
- (Diagnostic Imaging Centre of the Year)
- ENT Service Provider of the Year
- Urology Service Provider of the Year
- Brain and Spine Service Provider of the Year
2) Hospital Pakar Damansara 2
- Minimal Invasive Cardiac Surgery of the Year
- Smart Hospital of the Year
- Cardiology Service Provider of the Year
3) Hospital Pakar KPJ Damansara
- Women’s Health & Wellness Service Provider of the Year
- Paediatric Service Provider of the Year
4) Hospital Pakar KPJ Kuching
- Orthopaedic Service Provider of the Year
5) Hospital Pakar Ampang Puteri
- Oncology (Radiation) Service Provider of the Year
- Spine Care Service Provider of the Year
- Health Screening Provider of the Year
6) Hospital Pakar Johor
- Oncology (Surgical) Service Provider of the Year
7) Hospital Pakar KPJ Perdana
- Obstetrics and Gynaecology Service Provider of the Year - DagangNews.com








