KPJ Healthcare catat peningkatan 10 peratus PATAMI bagi FY25 kepada RM366 juta | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

KPJ Healthcare catat peningkatan 10 peratus PATAMI bagi FY25 kepada RM366 juta

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 26 Feb - KPJ Healthcare Berhad mencatatkan keuntungan bersih setelah cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak RM366 juta bagi FY2025, meningkat 10% berbanding tahun sebelumnya.

 

Pertumbuhan ini selari dengan kenaikan pendapatan 9% kepada RM4.26 bilion, disokong peningkatan bilangan pesakit, kes pembedahan dan pengoptimuman kapasiti katil di seluruh rangkaian hospital KPJ.

 

Bagi suku keempat, PATAMI melonjak 42% suku ke suku kepada RM133 juta, manakala pendapatan meningkat 10% tahun ke tahun kepada RM1.152 bilion.

 

EBITDA suku keempat berjumlah RM312 juta dengan margin 27.1%, mencerminkan kecekapan operasi dan leverage yang lebih baik di tengah tekanan kos dan tenaga kerja.

 

Presiden & Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan berkata FY2025 menunjukkan pengukuhan kualiti pendapatan dan integrasi sistem, dengan pertumbuhan perkhidmatan bernilai tinggi.

 

 

Chin Keat Chyuan
Chin Keat Chyuan

 


KPJ juga memperkenalkan KPJ Health System (KPJHS) untuk menyepadukan tadbir urus, digitalisasi dan protokol klinikal, selaras misi “Care for Life”.

 

Pelan Strategik 2026–2030 menumpukan kepada Centres of Excellence, pengembangan katil melalui brownfield expansion, dan pengembangan Ambulatory Care Centres (ACC), dengan pelaburan modal dijangka antara RM4 bilion hingga RM5 bilion.

 

Strategi ini bertujuan memperkukuh sistem kesihatan integrasi pertama Malaysia sambil menekankan pengalaman pesakit dan inovasi klinikal.

 

Bagi 2026, KPJ kekal optimis secara berhati-hati, disokong program pengoptimuman aset, pengembangan kapasiti berterusan dan fokus pada kecekapan operasi, manakala penangguhan pelaksanaan sistem DRG ke 2027 memberi kepastian tambahan kepada sektor kesihatan. - DagangNews.com