KUALA LUMPUR 6 Jun - Tenaga Nasional Berhad (TNB) ingin menegaskan bahawa satu jadual tarif elektrik yang sedang tular di aplikasi WhatsApp adalah PALSU dan bukan dikeluarkan oleh TNB.
Jadual tersebut memaparkan kenaikan tarif berserta dengan logo TNB yang digunakan tanpa kebenaran. Kandungan ini menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pelanggan.
Setakat hari ini, belum ada sebarang pengumuman rasmi.
Orang ramai dinasihatkan supaya:
Tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan.
Merujuk saluran rasmi Kerajaan dan TNB untuk sebarang pengumuman berkaitan tarif.
Untuk sebarang pertanyaan, pelanggan boleh hubungi TNB di saluran berikut:
• Private Message (PM) di Facebook TNB Careline
• Direct Message (DM) ke X (Twitter) @Tenaga_Nasional
• E-mel kepada [email protected]
• Hubungi 1300-88-5454








