KUALA LUMPUR 14 Feb - Ekonomi Malaysia berkembang 5% pada suku keempat 2024 (4Q24), melebihi sedikit daripada jangkaan pasaran dan anggaran pendahuluan rasmi sebanyak 4.8%.
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 4Q24 yang menyederhana daripada 5.3% pada suku sebelumnya, disokong oleh pengembangan berterusan dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan.
"Selain itu, eksport barangan dan perkhidmatan juga berkembang manakala pertumbuhan import modal dan pengantara menjadi sederhana.
"Sebaliknya, terdapat pembinaan dalam sektor komoditi disebabkan oleh pengeluaran kelapa sawit yang lebih rendah serta penurunan berterusan dalam pengeluaran minyak," katanya dalam laporan ekonomi dikeluarkan oleh BNM, hari ini.
Pada asas suku ke suku, pelarasan musim, pertumbuhan merosot sebanyak 1.1%. dan sepanjang tahun, ekonomi Malaysia meningkat 5.1%
"Di peringkat domestik, pertumbuhan didorong terutamanya oleh perbelanjaan isi rumah yang lebih kukuh mencerminkan keadaan pasaran buruh yang menggalakkan, langkah dasar untuk menyokong isi rumah dan kunci kira-kira isi rumah yang sihat," kata Bank Negara.
"Terdapat rangsangan kepada pertumbuhan pelaburan berikutan kelulusan pelaburan kukuh dan kemajuan lanjut projek berbilang tahun oleh sektor swasta dan awam.
"Ini termasuk termasuk inisiatif pemangkin di bawah pelan induk negara (iaitu Pelan Induk Perindustrian Baharu, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional, dan Strategi Semikonduktor Nasional).
"Faktor luaran yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi termasuk pemulihan eksport dalam keadaan pertumbuhan global yang stabil, kitaran teknologi yang berterusan serta ketibaan dan perbelanjaan pelancong yang lebih tinggi," katanya.
Bank pusat itu berkata, ini memberikan sokongan kepada akaun semasa, membawa kepada lebihan berterusan sebanyak 1.7% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2024 berbanding 1.5% pada 2023.
Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, walaupun persekitaran global mungkin mencabar, pertumbuhan ekonomi Malaysia akan didorong oleh pengembangan aktiviti pelaburan, perbelanjaan isi rumah dan pengembangan dalam eksport disokong oleh asas ekonomi Malaysia kukuh.
Beliau berkata, aktiviti pelaburan di peringkat domestik akan didorong oleh kemajuan projek berbilang tahun dalam kedua-dua sektor swasta dan awam dan dipertingkatkan lagi dengan merealisasikan pelaburan yang diluluskan.
Perbelanjaan isi rumah akan mendapat manfaat daripada sokongan berterusan daripada pertumbuhan pekerjaan dan gaji serta langkah dasar kerajaan.
"Ini termasuk semakan ke atas gaji minimum dan gaji kakitangan awam," katanya.
Dari segi luaran, kitaran teknologi global, pertumbuhan berterusan dalam barangan bukan elektrik dan elektronik serta perbelanjaan pelancong yang lebih tinggi dijangka meningkatkan eksport.
Bank pusat itu berkata, tinjauan pertumbuhan kekal tertakluk kepada risiko penurunan.
"Risiko sedemikian termasuk kelembapan ekonomi dalam rakan dagangan utama di tengah-tengah peningkatan risiko sekatan perdagangan dan pelaburan serta pengeluaran komoditi yang lebih rendah daripada jangkaan.
"Namun begitu, Malaysia berpotensi meraih limpahan lebih besar daripada kitaran naik teknologi, aktiviti pelancongan mantap dan pelaksanaan projek pelaburan pantas," katanya.
Mengenai inflasi, Bank Negara berkata, kenaikan kos dijangka kekal terkawal pada 2025 di tengah-tengah keadaan kos global yang reda dan ketiadaan tekanan permintaan domestik berlebihan.
“Walaupun pembaharuan dasar domestik yang diumumkan baru-baru ini akan menyumbang kepada beberapa tekanan ke atas harga, kesan keseluruhan terhadap inflasi dijangka dapat dibendung.
"Namun begitu, risiko menaik boleh timbul daripada kesan yang lebih besar daripada dasar indeks harga pengguna (CPI) yang lebih tinggi," kata bank pusat itu. - DagangNews.com








