KUALA LUMPUR 15 Mei – Crewstone International, syarikat ekuiti persendirian berpangkalan di Malaysia, dengan sukacitanya mengumumkan Perkongsian Umum Bersama dengan Solyco Capital, kumpulan ekuiti persendirian dari Amerika Syarikat (AS) yang memiliki 6 pejabat di seluruh AS dan UK.
Pelaburan ini direka bagi membuka peluang pelaburan baharu di AS dan UK untuk rangkaian antarabangsa Crewstone yang pesat berkembang dan meneguhkan kedudukan Crewstone sebagai pemain unggul di pasaran AS dan UK.
Pelaburan ini mewakili lebih AS$165 juta dalam bentuk modal komited, buat permulaan tertumpu kepada dua teras inisiatif:
1) Bekerja Bersama Solyco UK yang baharu ditubuhkan untuk mencipta atau mengambil alih firma perkhidmatan kewangan yang dikawal selia FCA dan menyediakan akses kepada pasaran pelaburan persendirian yang kian tumbuh di UK (sedang diusahakan), dan
2) Pelaburan ke dalam pasaran AS menerusi platform Solyco yang meluas, termasuk pelaburan terus ke dalam Solyco SPV II, yang memaparkan pilihan yang dibentuk khusus terdiri daripada 15 syarikat merentasi sektor berketumbuhan tunggi termasuk Kecerdasan Buatan, Teknologi, Teknologi Bio, Teknologi Sukan, Teknologi Kesihatan, Tenaga, dan Logistik, dengan penilaian dianggarkan melebihi USD$1.4 bilion.
Perkongsian ini menandakan pencapaian besar di dalam perluasan antarabangsa Crewstone, susulan pelancaran subsidiarinya di AS, Crewstone Capital, di New York pada penghujung tahun 2024. Pakatan ini bukan sahaja mengukuhkan jejak Crewstone di AS, malah mewujudkan asas kehadiran di UK.
Solyco US merancang untuk berganding bahu bersama Crewstone US menyediakan bukan sahaja peluang-peluang tetapi juga akses kepada peringkat transaksi seterusnya, daripada pusingan pelaburan sehingga IPO.
Sebagai sebahagian fasa permulaan, Crewstone akan menjana lebih AS$15 juta menerusi rangkaian rakan kongsi terhadnya secara struktur dana khusus, — Dana Peluang Solyco.
Modal tersebut akan disalurkan ke dalam SPV berdomisil UK bagi memudahcara pengambilalihan atau menubuhkan firma pelaburan dikawal selia UK, membuka pintu kepada pelaburan terus ke dalam syarikat-syarikat UK dan Eropah, dan berpotensi menyertai Inisiatif Kerajaan terpilih seperti program EIS yang memiliki prestij.
LP yang turut serta akan berpeluang memperoleh sehingga 10% ekuiti di dalam SPV, bergantung kepada langganan penuh. Inisiatif ini direka bagi mewujudkan platform berskala untuk perluasan lebih besar di seluruh landskap perkhidmatan kewangan Eropah.
Di samping itu,Crewstone melancarkan inisiatif mengutip dana lebih besar sehingga AS$150 juta, bermula dengan tranche awal AS$50 juta khusus untuk Portfolio Solyco SPV II. Modal ini akan digunakan secara strategik merentasi sektor transformasi dengan kaitan kuat kepada pasaran dan penciptaan nilai berjangka panjang.
Fasa perkongsian ini bermatlamat meletakkan kedudukan Crewstone dan Solyco sebagai peneraju rakan kongsi modal persendirian yang merentas sempadan, membuka peluang-peluang pelaburan berimpak tinggi ke seluruh pasaran maju.
“Perkongsian dengan Solyco Capital menandakan pencapaian besar di dalam perluasan kami ke UK dan pada masa sama, meneguhkan kehadiran AS kami serta mewujudkan platform pertumbuhan merentasi sektor transformatif. Gandingan keupayaan kami bakal menyampaikan nilai berjangka panjang kepada kedua-dua pelabur dan pemegang taruh,” kata Dato’ Izmir Mujab, CEO Crewstone International.
“Perkongsian kami dengan Crewstone adalah unik dan padanan yang cukup berkuasa di dalam strategi perluasan global Solyco. Menerusi pakatan ini, LP Crewstone akan memperoleh akses kepada nilai tersendiri di dalam portfolio pertumbuhan kami, sementara syarikat-syarikat kami akan memperoleh akses kepada peluang-peluang kepada eksport global,” kata John Garcia, Pengasas dan rakan Pengurusan Solyco Capital.
“Kami tertarik kepada kekuatan dan reputasi pengasas Crewstone, dan sama-sama kagum dengan budaya kerja mereka berkaitan ketelusan, prestasi dan dedikasi jitu di dalam melindungi dan memberi perkhidmatan kepada LP mereka — nilai yang selari dengan lancar terhadap komitmen kami kepada perkhidmatan, tujuan, dan impak di seluruh aset, syarikat-syarikat, dan pasaran-pasaran di mana kami melabur.
"Bersama-sama, Crewstone dan Solyco Capital membentuk pasukan dinamik kebaikan, menyampaikan gabungan bertenaga pewujudan nilai, pertumbuhan, dan direka khusus – kecairan berjangka dekat dan panjang – ke seluruh pasaran global.” - DagangNews.com








