KUALA LUMPUR 3 Mac — Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd mengumumkan pelantikan Vincent Low sebagai Ketua Pusat Perniagaan Rumusan Pengimejan (BIS) baharu, berkuat kuasa serta-merta.
Menurut kenyataan, beliau menggantikan penyandang sebelum itu, Jeffrey Kung, yang dilantik memegang jawatan berkenaan pada 2 Januari 2024.
Vincent yang berpengalaman di Canon Singapura, sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengarah Kanan Perniagaan Perusahaan, dengan menerajui aspek pembangunan jualan dan pasaran untuk sektor BIS.
Graduan Universiti Nasional Singapura dengan ijazah Sarjana Muda Sains, Vincent memulakan kerjaya sebagai Pengurus Akaun Utama di Fuji Xerox dalam pengkhususan jualan mesin penyalin warna digital, latihan dan perundingan kepada pengguna akhir.
Sejak menyertai Canon pada 2015, Vincent telah memegang peranan kepimpinan utama, termasuk Ketua BIS di Canon Singapura, sebelum mengembangkan skop untuk menyelia kedua-dua Bahagian Jualan dan Kejuruteraan Pasaran BIS.
Dengan lebih 30 tahun pengalaman industri, beliau memiliki rekod prestasi yang terbukti dalam pelaksanaan jualan strategik, pertumbuhan pasaran, dan kerjasama pihak berkepentingan, serta memastikan kejayaan merentas pasaran dan industri sasaran.
Mengulas mengenai pelantikan itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon, Masato Yoshiie berkata: “Kami teruja untuk mengalu-alukan Vincent dengan pengalaman luas dan pandangan strategik beliau akan menjadi sangat berharga.
"Beliau diyakini mampu mengukuhkan kedudukan Canon dalam sektor pengimejan digital dan rumusan perniagaan; malah kami yakin Canon akan terus berinovasi dan memperkasakan perniagaan untuk berkembang maju dalam era transformasi digital.”
Sementara itu, Vincent dalam maklum balasnya berkata: “Saya berbesar hati untuk mengambil peranan baharu ini dan terus memacu komitmen Canon ke arah kecemerlangan dalam penyelesaian pengimejan perniagaan.
"Ketika perniagaan mengemudi pendigitalan dan persekitaran kerja hibrid, saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan rakan kongsi dan pelanggan kami untuk menyediakan penyelesaian yang meningkatkan kecekapan dan produktiviti.”
Berpandukan falsafah kepimpinannya, 'Believe, Excel, Celebrate,' Vincent menekankan kepada usaha pemerkasaan pasukan, serta berusaha untuk kecemerlangan dan mengiktiraf pencapaian.
Pelantikannya sejajar dengan komitmen Canon untuk menyampaikan penyelesaian berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan perusahaan kecil dan sederhana, pelanggan korporat dan rakan kongsi perniagaan yang semakin berkembang dalam landskap perniagaan dinamik. - DagangNews.com








