KUALA LUMPUR 23 Julai – Sebanyak 85 peratus pengguna domestik menikmati penurunan bil elektrik Julai 2025 bagi penggunaan yang sama, berbanding separuh tahun pertama 2025 iaitu sehingga 14 peratus.
Perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia pagi ini.
“Penstrukturan tarif elektrik telah berkuat kuasa mulai Julai 2025.
“Kendatipun ada pihak tidak bertanggungjawab mendakwa bil elektrik rakyat naik susulan penstrukturan ini,” katanya hari ini.

Sebanyak tiga komponen utama dalam struktur tarif elektrik negara disemak semula susulan pelaksanaan tarif elektrik baharu bermula 1 Julai lalu hingga 31 Disember 2027.
Penstrukturan itu melibatkan penyelarasan kadar purata tarif asas, pengenalan jadual tarif baharu dan mekanisme pelarasan kos bahan api yang lebih dinamik dan telus. - DagangNews.com








