BAT Malaysia umum pelantikan I-Lee Hsu sebagai pengarah urusan mulai 1 Ogos 2026 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

BAT Malaysia umum pelantikan I-Lee Hsu sebagai pengarah urusan mulai 1 Ogos 2026

Oleh Muhammad Iman

KUALA LUMPUR 5 Mac - British American Tobacco (Malaysia) Bhd mengumumkan pelantikan I-Lee Hsu sebagai pengarah urusan baharu, berkuat kuasa 1 Ogos 2026.

 

Dalam pernyataan di Bursa Malaysia, BAT memaklumkan I-Lee, 51 tahun dari Taiwan, akan menggantikan Nedal Louay Salem, 56 tahun, yang telah meletak jawatan.

 

“Nedal akan menamatkan tugasan antarabangsa beliau bersama syarikat pada 1 Ogos 2026.

 

"Oleh itu, beliau meletak jawatan sebagai pengarah eksekutif bukan bebas dan pengarah urusan syarikat pada tarikh tersebut,” kata BAT.

 

BAT
I-Lee Hsu

 

BAT menyatakan I-Lee membawa pengalaman lebih dua dekad merangkumi pengurusan am, pemasaran jenama, jualan, penggabungan dan pengambilalihan, serta kepimpinan usaha sama merentasi pelbagai industri dan pasaran.

 

“Sebelum pelantikan ini, beliau menjawat jawatan Pengurus Kumpulan Vietnam di BAT Vietnam sejak 2021.

 

"Beliau juga pernah memegang jawatan kepimpinan termasuk Pengurus Kumpulan untuk Taiwan, Hong Kong dan Macau, serta Pengurus Besar di Kemboja,” menurut BAT. - DagangNews.com