Aneka Jaringan raih kontrak RM51 juta jalankan kerja substruktur di Jalan Sultan Ismail KL | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Aneka Jaringan raih kontrak RM51 juta jalankan kerja substruktur di Jalan Sultan Ismail KL

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 15 Mei - Aneka Jaringan Holdings Bhd memperoleh kontrak RM50.54 juta untuk menjalankan kerja-kerja kerja tanah, cerucuk dan substruktur bagi projek pembangunan pangsapuri dan hotel di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

 

Aneka Jaringan Sdn Bhd milik penuh firma pembinaan itu menerima surat anugerah daripada Clement Chan Architect, yang bertindak bagi pihak pemaju Kuala Lumpur Metro Property Sdn Bhd, menurut makluman Aneka Jaringan di Bursa Malaysia hari ini.

 

Kerja selama 18 bulan itu akan bermula dari 2 Jun tahun ini dan siap pada 1 Dis 2026.


 

Aneka Jaringan

 


Bangunan itu dicadangkan setinggi 62 tingkat, dengan pangsapuri perkhidmatan mempunyai 35 tingkat, manakala hotel sembilan tingkat. Lantai yang tinggal adalah untuk kemudahan dan ruang komersial.

 

Saham dalam Aneka Jaringan berakhir setengah sen atau 3.85% lebih rendah pada 12.5 sen, menilai syarikat itu pada RM86.72 juta. - DagangNews.com