Ahmad Zaki menang tender RM430 juta projek bina jalan raya di Cameron Highlands | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Ahmad Zaki menang tender RM430 juta projek bina jalan raya di Cameron Highlands

Tanah Rata Cameron Highlands - Gambar Century Pines Resorts
Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 13 Feb – Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) menang tender Jabatan Kerja Raya (JKR) bernilai RM430 juta bagi projek pembinaan dan menaik taraf jalan di Cameron Highlands, Pahang.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Ahmad Zaki berkata projek pembinaan jalan pintasan Cameron Highlands itu melibatkan kawasan di Tanah Rata serta menaik taraf beberapa seksyen Jalan Persekutuan FT59 dari Tanah Rata ke Kea Farm, termasuk seksyen 62.7-64.4, 66.0-68.0, dan 69.8-70.8.

 

 

 

 

 

 

 

 

“Selain itu, Jalan Persekutuan FT434 (Jalan Griddle) juga akan dinaik taraf.

 

“Kontrak ini dijangka mengambil masa 42 bulan untuk disiapkan bermula 16 Februari 2026,” katanya dalam makluman tersebut,

 

Ahmad Zaki berkata projek ini akan menyumbang secara positif kepada pendapatan syarikat pada masa hadapan.

 

 

 

 

 

 

Tiada pengarah, pemegang saham utama, atau pihak berkaitan Ahmad Zaki mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak ini.

 

Lembaga pengarah AZRB menyatakan bahawa kontrak ini adalah selaras dengan strategi syarikat dan berada dalam kepentingan terbaik syarikat untuk terus berkembang dalam sektor pembinaan. - DagangNews.com