Syarikat usaha sama Hiap Teck tingkatkan pengeluaran keluli kepada 2.7 juta tan setahun | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Syarikat usaha sama Hiap Teck tingkatkan pengeluaran keluli kepada 2.7 juta tan setahun

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Syarikat usaha sama Hiap Teck Venture Bhd  dan Eastern Steel Sdn Bhd (ESSB) akan meningkatkan kapasiti pengeluaran papak keluli dan bilet kepada 2.7 juta tan setahun daripada 700,000 tan sebelumnya.

 

Ini adalah berikutan penyalaan loji relau bagas 1,380 meter padu yang baru disiapkan pada 1 Ogos (Selasa) lalu.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Hiap Teck menyatakan bahawa pengeluaran ESSB disasarkan untuk dijual secara tempatan bagi memenuhi permintaan domestik dan juga untuk dieksport ke negara jiran, terutamanya di Asia Tenggara dan Asia Utara.

 

ESSB merupakan syarikat yang terlibat terutamanya dalam pembuatan, penjualan dan urusan dalam rangkaian produk keluli menggunakan relau bagas.

 

Hiap Teck berkata penyiapan loji relau letupan baharu ESSB akan mengembangkan hasil dan pendapatan ESSB dengan ketara, justeru menyumbang secara positif ke arah prestasi masa depan kumpulan Hiap Teck.

 

Saham Hiap Teck dibuka tidak berubah pada 34 sen, memberikan kumpulan itu permodalan pasaran RM594.2 juta. - DagangNews.com