KUALA LUMPUR 7 Ogos - Sunway Property telah mencatatkan tempahan RM 1 bilion daripada 17 projek pembangunannya di bawah kempen Signature Series 2023.
Pencapaian berkenaan adalah susulan kejayaan kempen Signature Series tahun lalu, yang telah mencatat tempahan sebanyak RM800 juta.
Ketua Pegawai Jenama dan Pemasaran Sunway Property, Gerard Yuen berkata kejayaan kempen itu mendapat sokongan berterusan daripada pembeli rumah untuk falsafah reka bentuk Sunway Design and Development Architecture (SDDA).
"Kami akan terus memberikan nilai dengan memastikan bahawa setiap Signature Home yang direka mempunyai ciri-ciri kemampanan, inovasi, kesihatan dan kesejahteraan serta gaya hidup dan pengalaman baharu, mengikut piawaian tertinggi kami. Oleh itu, kami akan membolehkan komuniti terus berkembang maju.
“Sempena sambutan ulang tahun kami yang ke-50 tahun depan, kami akan melancarkan kempen yang lebih besar untuk pembeli rumah,” ujar beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Sunway Property, satu aspek utama kempen Signature Series 2023 adalah penyertaan automatik pembeli rumah baharu ke dalam keahlian Komuniti MCD, memberi mereka akses kepada rangkaian perkhidmatan pasca jualan.
Yuen berkata keahlian Komuniti MCD direka untuk menawarkan lebih daripada pengalaman membeli rumah biasa, di samping faedah keahlian turut tersedia kepada pembeli sub-jualan dan penyewa Sunway Property.
“Keahlian tersebut memastikan setiap penduduk terus berasa dihargai dan disokong sepanjang perjalanan pemilikan rumah mereka,” katanya.
Tawaran di bawah keahlian termasuk program kredit sewa, perkhidmatan penjagaan rumah seperti pembersihan dan ganjaran gaya hidup menarik lain daripada ekosistem Sunway.
17 projek di bawah kempen Signature Series 2023 terletak di Lembah Klang (lapan projek), Johor (enam projek), Ipoh (dua proje - DagangNews.com








