Sunway, Hoi Hup raih tender untuk tanah bernilai RM1.5 bilion di Singapura | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Sunway, Hoi Hup raih tender untuk tanah bernilai RM1.5 bilion di Singapura

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 15 Feb - Sunway Berhad berkata bidaan bersama Sunway Developments Pte Ltd (SDPL) dan Hoi Hup Realty Pte Ltd telah mendapat tender untuk sebidang tanah seluas 2 hektar di bandar Tengah, Singapura yang bernilai S$423.38 juta (RM1.5bil).

 

Sunway dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, tanah berkenaan akan digunakan usaha sama Sunway Developments Pte Ltd (SDPL) dan Hoi Hup Realty Pte Ltd untuk membangunkan perumahan kondominium eksekutif dengan tempoh pajakan selama 99 tahun.

 

Sunway berkata Sunway Developments, yang merupakan anak syarikat Sunway Holdings Sdn Bhd, telah menerima anugerah itu daripada Lembaga Perumahan dan Pembangunan Singapura.

 

Sunway Developments dan Hoi Hup akan menubuhkan usaha sama pada masa akan datang untuk melaksanakan pembangunan tanah itu, dengan Hoi Hup akan mempunyai 65% kepentingan manakala baki 35% akan dimiliki oleh Sunway Developments, menurut kumpulan itu. 

 

Sunway berkata cadangan projek tersebut dijadulkan siap dala tempoh 60 bulan atau lebih awal, bermula 14 Februari 2024.

 

Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Sunway Group pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2028 dan seterusnya.

 

“Projek yang dicadangkan itu tertakluk kepada risiko pembinaan biasa iaitu turun naik harga bahan.

 

"Bagaimanapun, dengan pengalaman dan kepakaran lepas Hoi Hup dan SDPL dalam pembinaan projek serupa, risiko ini boleh dikurangkan," tambahnya. - DagangNews.com