KUALA LUMPUR 11 Mac - Stok minyak sawit Malaysia susut ke paras terendah dalam tempoh tujuh bulan pada akhir Februari kepada 1.92 juta tan.
Menurut data Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), jumlah stok pada bulan lalu menguncup 5% berbanding Januari 2024 yang berjumlah 2.02 juta tan.
Pengurangan stok di negara pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia itu diakibatkan pengeluaran minyak sawit mentah merosot 10.18% dari Januari kepada 1.26 juta tan.
Eksport minyak sawit pula pada Februari 2024 pula menjunam 24.75% kepada 1.02 juta tan, kata MPOB.
Reuters sebelum ini mngunjurkan inventori Februari pada 1.91 juta tan, penurunan 5.7% daripada bulan sebelumnya, dengan pengeluaran pada 1.32 juta tan dan eksport pada 1.14 juta tan.
ARTIKEL BERKAITAN: Stok minyak sawit Malaysia susut ke paras terendah dalam tempoh 6 bulan
Sebelum ini, stok minyak sawit Malaysia pada Disember 2023 dilaporkan berjumlah 2.29 juta tan manakala November pula 2.4 juta tan dan Oktober 2.44 juta tan.
Sejak Oktober, stok minyak sawit Malaysia menyusut bulan ke bulan sehingga bulan lalu mencecah paras terendah dalam tempoh tujuh bulan.
Seakan data MPOB menunjukkan paras terendah stok minyak sawit pada tahun lalu direkodkan pada bulan April dengan sebanyak 1.49 juta tan.- DagangNews.com








