KUALA LUMPUR 15 Mei - Star Media Group Berhad akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan pada 31 Mei bagi mendapatkan kelulusan pemegang saham untuk mengambil 13% kepentingan besar dalam syarikat perladangan Matang Bhd.
Dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini, Star Media berkata EGM itu akan diadakan secara maya dan setelah diluluskan oleh pemegang saham, kumpulan akan mendapat persetujuan untuk menerima 357 juta saham baharu dalam Matang yang diterbitkan pada harga terbitan 8.09 sen sesaham, serta bayaran tunai RM4.12 juta.
Bayaran itu adalah untuk Star Media menjual aset hartanah bernilai RM33 juta kepada Matang, yang akan menyaksikan peruntukan dan terbitan sahamnya kepada kumpulan itu dan akan memegang 13% daripada jumlah bilangan saham yang diperbesarkan dalam Matang selepas terbitan tersebut.
Menurut laporan The Star hari ini, ia dianggarkan bakal memperoleh keuntungan pro-forma bersih kira-kira RM15.6 juta daripada pelupusan itu.
Pada Jumaat lalu, Matang telah memaklumkan di Bursa Malaysia mengenai EGM pada 31 Mei bagi mendapatkan kelulusan pemegang saham untuk membeli aset hartanah daripada Star Media sebagai sebahagian daripada rancangannya mempelbagaikan perniagaan kepada pelaburan hartanah.
Pada Februari, Matang telah menandatangani perjanjian dengan anak syarikat Star Media, SMG Land Sdn Bhd untuk memperoleh dua unit kilang berkembar dua tingkat dan gudang yang digabungkan dengan bangunan pejabat satu setengah tingkat dan bangunan sampingan lain, yang terletak di dalam Star Business Hub di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Pembelian ini dianggap sebagai urus niaga pihak berkaitan memandangkan MCA merupakan pemegang saham utama dalam kedua-dua kumpulan, di mana MCA memegang pegangan tidak langsung sebanyak 17.15% dalam Matang dan 43.2% pegangan langsung dalam Star Media.
Sebagai sebahagian daripada rancangannya, Star Media kini telah menceburi sektor perladangan selepas membuat mengembangkan perniagaan dalam sektor hartanah tiga bulan lalu.
Matang, yang beroperasi terutamanya melalui perniagaan kelapa sawitnya, berkata dalam makluman di Bursa Malaysia pada Februari bahawa perniagaan pelaburan hartanah mungkin menyumbang kira-kira 25% daripada keuntungan bersihnya.
Jika diluluskan cadangan itu dijangka siap pada suku kedua 2023.
Estet Matang terdiri daripada 45 tanah pertanian terletak di Ledang dan Segamat, Johor, dengan keluasan tanah seluas 1,094 hektar, di mana Matang menjalankan operasi ladang kelapa sawit.
Ia juga memiliki hartanah pelaburan yang terdiri daripada tiga blok bangunan perindustrian dengan jumlah kawasan boleh disewakan kira-kira 149,000 kaki persegi di Larkin, Johor Bahru. -DagangNews.com








