SME Bank manfaatkan RM110,000 untuk lebih 4,000 asnaf melalui program CSR Ramadan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

SME Bank manfaatkan RM110,000 untuk lebih 4,000 asnaf melalui program CSR Ramadan

Datuk Dr. Aria Putera Ismail di Program Imarah Masjid SME Bank di Masjid At-Tarmizi, Sentosa, Kuala Lumpur pada 14 April 2023.
Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 19 April 2023SME Bank memperuntukkan RM110,000 bagi menganjurkan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Ramadan yang dengan jayanya telah memberi manfaat kepada 4,609 asnaf.

 

 

Peruntukan daripada dana zakat dan korporat bank itu telah disalurkan melalui program sumbangan pek makanan, peralatan sekolah dan wang tunai di seluruh negara.

 

Sebagai inisiatif untuk memberi peluang warga kerja bank tersebut memberi semula kepada masyarakat, Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Dr. Aria Putera Ismail berkata program tersebut dapat menerap nilai ihsan melalui kerja amal berpasukan, seiring dengan nilai teras bank tersebut iaitu SMILE.

 

 

Datuk Dr. Aria Putera Ismail
Datuk Dr. Aria Putera Ismail

 

 

“Bagi warga kerja dari ibu pejabat, seramai 87 orang telah menjadi sukarelawan bagi Program Imarah Masjid yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur dengan akiviti gotong-royong membersihkan tujuh buah masjid, surau dan madrasah serta sumbangan makanan berbuka puasa yang dilaksanakan sejak 6 April 2023,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Manakala 19 buah cawangan SME Bank di seluruh negara turut sama menganjurkan program Ramadan di kawasan masing-masing bagi meringankan beban persiapan hari raya serta persekolahan yang dihadapi.

 

“Seramai 2,369 asnaf daripada golongan warga emas, ibu tunggal, anak yatim dan pelajar B40 telah mendapat manfaat daripada program ini.

 

 

imarah masjid

 

 

Ini merupakan langkah inklusif kami untuk turut melibatkan kakitangan di cawangan dalam program-program anjuran bank, di samping memberi semula kepada komuniti setempat,” tambah Aria.

 

Di samping itu, CSR Ramadan di Masjid At-Tarmizi, Sentosa, Kuala Lumpur pada 14 April 2023 turut disertai oleh barisan pengurusan kanan yang diketuai oleh Aria.

 

Selain program khusus bulan Ramadan, SME Bank turut menganjurkan pelbagai program CSR yang memberi fokus terhadap pembangunan komuniti usahawan. -DagangNews.com