Siri Jelajah MYStartup Cradle di Kuching 23-24 Jun 2022 | DagangNews Skip to main content

Siri Jelajah MYStartup Cradle di Kuching 23-24 Jun 2022

Sesi di Kuching akan diadakan di TEGAS Digital Village, Sama Jaya High Tech Park, Kuching, Sarawak.

KUCHING 20 Jun – Meneruskan kesinambungan momentum dan usaha dalam mewujudkan sebuah ekosistem syarikat permulaan yang terangkum dan kondusif, siri jelajah MYStartup anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi agensi di bawahnya, Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) bakal diadakan di Kuching, Sarawak pada 23 dan 24 Jun 2022.

 

Ia merupakan sebahagian daripada usaha memastikan komuniti syarikat permulaan di Sabah dan Sarawak tidak terlepas daripada turut terlibat dan mendapat manfaat daripada acara-acara pemerkasaan melalui Program MYStartup.

 

Siri jelajah ini akan turut disertai oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Sri' Dr. Adham Baba dan pemain-pemain ekosistem syarikat permulaan dari Lembah Klang, menurut kenyataan MOSTI di sini hari ini.

 

Kuching merupakan hentian pertama di luar Semenanjung Malaysia dan yang keempat di dalam siri jelajah MYStartup.

 

Siri jelajah ini akan dijayakan dengan sokongan daripada rakan komuniti dan teknikal seperti setempat seperti TEGAS Digital Village, Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), iCube Innovation, Sarawak Media Group (SMG) dan lain-lain.

 

Program MYStartup yang dilancarkan Februari 2022 terdiri daripada beberapa program bertujuan memperkasakan ekosistem dan komuniti syarikat permulaan di Malaysia melalui pengisian yang menumpukan kepada pembangunan serta perkembangan start-up secara mampan serta pembangunan kapasiti dan modal insan.

 

Kerjasama antara MOSTI, Cradle dan pemegang taruh Ekosistem Start-up Malaysia dalam siri jelajah ini menunjukkan iltizam MOSTI dalam memanifestasikan usaha dan komitmen Kerajaan bagi memastikan Keluarga Malaysia mendapat manfaat daripada usaha pemerkasaan dan pembangunan syarikat baharu bermula negara ini.

 

Melalui usaha ini juga, impian menjadikan Malaysia sebagai pilihan utama bagi para pengasas dan syarikat luar untuk bertapak serta memulakan operasi mereka di  negara ini dapat direalisasikan, sekaligus merancakkan lagi ekonomi negara. 

 

MYStartup kali ini bakal dihadiri barisan syarikat baharu bermula yang bertapak di Sarawak dan kawasan berdekatan. Program ini juga akan mengetengahkan pemegang taruh lain di dalam ekosistem syarikat permulaan Malaysia seperti Microsoft, Cyberview dan Beyond4 semasa program sesi ramah di hentian siri jelajah berkenaan.

 

Selain daripada hebahan mengenai program-program yang dilaksanakan MOSTI, turut diadakan adalah sesi penerangan berkenaan Pelan Hala Tuju Ekosistem Start-up (SUPER), kaedah-kaedah penyertaan program bagi para syarikat baharu bermula, kriteria-kriteria bagi memohon geran, pemadanan perniagaan dengan dana bersesuaian, sesi networking dan juga pelbagai bengkel.

 

 

mystartup

 

 

Pihak Cradle berbesar hati menjemput para start-up yang berada di sekitar Sarawak dan Sabah untuk bersama-sama turut serta di dalam acara MYStartup pada ketetapan berikut:

Tarikh   :   23 dan 24 Jun 2022
Masa    :   9 pagi hingga 6 petang 
Lokasi  :  TEGAS Digital Village,
                 Sama Jaya High Tech Park
                 93350 Kuching, Sarawak.

 

Sila layari dan mendaftar di platform MYStartup di www.mystartup.gov.my di mana maklumat lanjut mengenai ekosistem start-up Malaysia, program-program yang bakal dianjurkan Cradle dan maklumat berkenaan hentian siri jelajah ‘MYStartup Roadshow’, syarikat baharu bermula, pelabur, pemain industri dan pembina ekosistem. - DagangNews.com