KUALA LUMPUR 17 Julai - Penyedia aplikasi tandatangan digital yang diterajui Securemetric Technology Pte Ltd, SigningCloud mengumumkan jalinan kerjasama dengan Singpass Pte Ltd untuk merevolusikan landskap keselamatan dan menawarkan rumusan digital indentiti canggih untuk warga Singapura.
Securemetric Technology Pte Ltd merupakan anak syarikat milik penuh Securemetric Bhd, sebuah syarikat tersenarai awam di Malaysia.
Melalui kerjasama tersebut, SigningCloud membolehkan pengguna Singpass untuk menandatangani dokumen secara digital, sekali gus menangani isu berkaitan dengan menandatangani dokumen secara fizikal.
Dengan sokongan pengesahan identiti keselamatan yang mantap daripada Singpass, tandatangan digital yang dihasilkan melalui SigningCloud adalah terikat dari segi undang-undang dan diiktiraf di bawah Akta Transaksi Elektronik Singapura.
Ketua Pegawai Eksekutif Securemetric, Edward Law berkata, tandatangan digital bukan sahaja mudah dari faktor pengunaan, hal ini juga menjadi asas penentu dalam pengukuhan keselamatan siber.
"Melalui penggunaan tandatangan digital, syarikat perniagaan dan individu boleh melindungi dokumen, mencegah perubahan yang tidak sah, serta mempertahankan piawaian integriti data yang tertinggi," katanya dalam kenyataan media di sini.
Edward berkata, misi pihaknya adalah untuk membolehkan penguna menikmati proses tandatangan secara digital dengan selamat dan mudah.

"Melalui penggunaan tandatangan digital, syarikat perniagaan dan individu boleh mempertingkatkan tahap keselamatan, menyelaraskan proses aliran kerja, serta menghapuskan risiko berkaitan dengan kertas kerja secara fizikal," katanya.
Katanya, memandangkan Singapura rancak melangkah dalam era digital, pihaknya sedar akan kepentingan usaha membina kepercayaan dan keyakinan dalam urus niaga digital.

Kerjasama antara SigningCloud dan Singpass dapat menyelaraskan proses pengesahan dan penandatanganan secara digital, sekali gus mewujudkan konsep aliran kerja semua dalam satu bagi urus niaga secara digital dengan lebih selamat.
Kerjasama ini juga membolehkan para pengguna SigningCloud di Singapura membuat pengesahan identiti dengan keterjaminan yang tinggi, d isamping dapat menikmati sendiri proses log masuk sehingga tandatangan dokumen dengan lancar.
Tambahan pula, pengiktirafan sijil digital yang dikeluarkan oleh 'Singapore National Certificate Authority (NCA)' di dalam SigningCloud dapat menjamin kesahihan pautan kriptografi dengan tandatangan dan mempertingkatkan kredibiliti dokumen yang ditandatangani secara digital. - DagangNews.com








