KUALA LUMPUR 17 Ogos - Jenama kopi segera tempatan, SUPER melantik penyampai radio dan usahawan terkenal, Shuib sebagai duta rasminya.
Pengurus Besar Jacobs Douwe Egberts Malaysia, Fiona Tan berkata, Shuib merupakan seorang individu yang bekerja keras dan berkongsi cabaran sama seperti setiap rakyat Malaysia.
Beliau berkata, Shuib menguruskan tanggungjawab sebagai bapa kepada empat anak kecil sambil bekerja sebagai penyampai radio dan usahawan.
"Sejak hari pertama, kami tahu Shuib adalah duta yang sempurna untuk kami kerana beliau mencerminkan pengalaman seorang rakyat Malaysia biasa.
"Dalam masa baik dan mencabar, kita rakyat Malaysia sentiasa gigih, bekerja dengan sangat tekun, memberikan yang terbaik untuk memperbaiki kehidupan orang di sekeliling kita.
"Kami sangat bersemangat untuk bekerjasama dengan Shuib kerana kami berkongsi nilai-nilai ini dan memiliki semangat bersama untuk secawan 'kopi padu' yang hebat untuk membantu kita melepasi aktiviti harian," katanya dalam kenyataan media di sini.
Dalam pada itu, jenama kopi itu memperluaskan penawarannya melalui pelancaran SUPER Klasik, kopi hitam segera yang diperbuat daripada 100% biji kopi Robusta untuk menghasilkan kelazatan kopi yang padu namun halus dan beraroma.

SUPER Klasik merupakan tambahan terkini kepada rangkaian SUPER yang mana ia bertujuan untuk memenuhi permintaan dinamik yang sentiasa berubah daripada peminat tegar kopi serta peminum teh dan bijirin berkualiti.
Sempena Hari Malaysia, SUPER teruja untuk mengumumkan peraduan ‘Semarakkan Hari Malaysia’ yang akan bermula pada 16 Ogos hingga 30 September 2023.
Peraduan ini menawarkan peluang kepada peserta untuk memenangi hadiah menarik seperti Modenas Dominar D250, sesi makan-makan eksklusif bersama Shuib, dan baucar beli-belah bernilai RM21,000.

Untuk menyertai peraduan ini, orang ramai hanya perlu membeli mana-mana satu produk SUPER (tertakluk pada terma dan syarat).
SUPER Klasik yang terbaharu kini boleh didapati di peruncit utama di seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lanjut tentang Kopi SUPER dan barisan produk, kemas kini dan promosi terkini, sila layari Facebook: https://www.facebook.com/supermalaysia. - DagangNews.com








