Semakan sementara ke atas mekanisme pengurusan dan kawalan pasaran ditamatkan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Semakan sementara ke atas mekanisme pengurusan dan kawalan pasaran ditamatkan

 

 

KUALA LUMPUR 11 Mei - Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia Berhad memulakan semula mekanisme pengurusan dan kawalan pasaran, iaitu had harga dinamik dan statik bagi Saham-Saham Komponen Indeks FBMKLCI dan tahap pencetus Pemutus Litar Pasaran Bursa Malaysia, kepada parameter asal masing-masing pada 31 Mei 2021.

 

Menurut kenyataan, keputusan untuk memulakan semula parameter asal tersebut mengambil kira prospek ekonomi yang bertambah baik dengan pelaksanaan program vaksinasi COVID-19 dan normalisasi keadaan pasaran global.

 

"Semakan sementara kepada mekanisme pengurusan dan kawalan pasaran yang telah dilaksanakan sejak 20 Julai 2020, dijadualkan tamat pada 30 Mei 2021.

 

"SC dan Bursa Malaysia akan terus memantau rapi perkembangan di peringkat global dan mengambil langkah berhati-hati dalam melaksanakan langkah-langkah untuk menyokong pasaran yang adil dan teratur," katanya. - DagangNews.com