SDAC anjur Ford Ranger Getaways ke Gunung Jerai, Cameron Highlands pada Mei 2023 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

SDAC anjur Ford Ranger Getaways ke Gunung Jerai, Cameron Highlands pada Mei 2023

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 7 April - Pada Mei ini, pemilik Ford Ranger yang ingin mengalami pengembaraan hujung minggu yang menyeronokkan di atas jalan dan 'off-road', sambil menikmati udara segar di kawasan gunung boleh menantikan dua 'Ford Ranger Getaways' baharu. 

 

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) dalam kenyataan hari ini berkata, kedua-dua percutian ini juga menawarkan cara yang baru dan menawan untuk meraikan Hari Ibu pada tahun ini.

 

Katanya, Getaways yang pertama adalah pernerokaan alam semula jadi, 'A Trip Through Nature' di Gunung Jerai pada 6 Mei 2023. 

 

"Manakala, Getaways yang kedua adalah 'Chase the Sunrise in Cameron Highlands' pada 27 hingga 28 Mei 2023. Kedua-duanya membawa para pelancong keluar daripada laluan biasa dan juga merupakan lawatan semalaman pertama dalam siri Ford Ranger Getaways tahun ini.

 

"Kedua-dua Getaways adalah lawatan kumpulan yang dianjurkan oleh SDAC, pengedar tunggal Ford di Malaysia, untuk menawarkan cara yang baru dan menarik untuk meneroka keindahan semula jadi Banjaran Titiwangsa, Malaysia," katanya.

 

Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, sebagai satu-satunya komuniti pertama memanfaatkan platform e-dagang berasaskan kembara dan cabaran, yang dicipta khusus untuk pasaran Malaysia, Ford Ranger Getaways menyasar untuk menawarkan pengalaman menyeluruh. 

 

"Program ini membolehkan pelanggan meneroka kepelbagaian 'Ranger Life' bersama mereka yang mempunyai minat sama, dan juga memanfaatkan sepenuhnya kemampuan Ranger mereka," katanya.

 

 

ford

 

 

Kedua-dua percutian ini boleh menampung sehingga empat orang setiap kenderaan. Semua harga termasuk insurans untuk pelancong yang berumur 1 hingga 80 tahun. 

 

Kanak-kanak yang berumur 16 dan ke bawah boleh mengembara secara percuma.  

 

 

ford

 

 

ford

 

 

Lawatan ke Gunung Jerai terdapat dalam dua pakej. Pakej individu dan pasangan dijual pada harga RM456.02 seorang manakala pakej keluarga berharga RM1,716.49 untuk empat orang dewasa.  

 

Sementara itu, harga untuk pengembaraan ke Cameron Highlands bermula dari RM1,047.77 seorang.

 

Pemilik Ranger generasi baharu pula boleh menikmati potongan harga 30% untuk Ford Ranger Getaways melalui kod kad keistimewaan 'Inner Circle' mereka. - DagangNews.com