Sapura lancar teknologi jalur lebar untuk agensi penguatkuasaan ke pasaran global | DagangNews Skip to main content

Sapura lancar teknologi jalur lebar untuk agensi penguatkuasaan ke pasaran global

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 30 Mei - Sapura Secured Technologies Sdn Bhd (SST) melancarkan rumusan misi kritikal jalur lebar misi kritikal sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23), baru-baru ini.

 

Jalur lebar misi kritikal SST adalah yang pertama seumpamanya dibangunkan secara tempatan untuk memenuhi keperluan agensi keselamatan awam, dan penguatkuasaan. 

 

Teknologi itu menyediakan keupayaan berkapasiti tinggi dan ciri saling kendali, membolehkan komunikasi secara lancar dengan rangkaian sedia ada.

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura, Tan Sri Shahril Shamsuddin berkata, jalur lebar kritikal misi SST sudah tersedia untuk kegunaan pihak keselamatan awam, dan agensi penguatkuasaan.

 

"Dengan menggunakan rangkaian 4G LTE, ia bersedia untuk disepadukan dengan 5G.

 

"Pelancaran ini menandakan evolusi keupayaan Malaysia dalam membangunkan teknologi telekomunikasi yang boleh memenuhi keperluan domestik dan pasaran global dengan berkesan," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Tambah Shahril, penciptaan teknologi itu mengurangkan pergantungan pada sistem asing, menjadikan Malaysia lebih berkuasa dari segi teknologi untuk melindungi infrastruktur digital utama negara dengan lebih baik. 

 

 

sapura
Tan Sri Shahril Shamsudin (kiri) mempamerkan teknologi jalur lebar misi kritikal kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sempena penganjuran LIMA '23 di Langkawi, Kedah baru-baru ini.

 

 

sapura

 

 

"Selain agensi keselamatan awam dan penguatkuasaan, kami juga berminat untuk industri seperti minyak dan gas serta pengangkutan, di dalam dan di luar negara," katanya. - DagangNews.com