Rize diiktiraf teknologi kewangan terbaik perbankan runcit Malaysia Technology Excellence Awards 2023 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Rize diiktiraf teknologi kewangan terbaik perbankan runcit Malaysia Technology Excellence Awards 2023

Arsalaan (Oz) Ahmed bersama anugerah yang dimenangi pada Malaysia Technology Excellence Awards 2023 baru-baru ini.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 12 Mei - Perbankan digital terbaharu alrajhi bank Malaysia, Rize meraih anugerah teknologi kewangan terbaik dalam kategori perbankan runcit pada Malaysia Technology Excellence Awards 2023.

 

Anugerah tersebut mengiktiraf perniagaan cemerlang yang berpaksikan pada trend sambil memacu revolusi teknologi dan transformasi digital industri masing-masing untuk mengukuhkan ekonomi Malaysia yang semakin berkembang.

 

Ketua Pegawai Eksekutif alrajhi Bank Malaysia, Arsalaan (Oz) Ahmed berkata, apabila pihaknya melancarkan Rize, mereka berkongsi visi bank untuk membina bank digital yang memfokuskan pelanggan, dan mahu menjadi bank inovasi Islam nombor 1 di Malaysia.

 

"Hari ini, kami berbangga menjadi sebahagian daripada pencapaian bank digital pertama seumpamanya, Rize dan berada di landasan betul dalam menyampaikan agenda digital.

 

"Ini adalah satu langkah besar ke hadapan untuk alrajhi bank Malaysia dan Rize kerana kami berhasrat untuk meneruskan bagi membina bank digital terbaik di rantau ini. 

 

"Kemenangan kami di Malaysia Technology Excellence Awards 2023 adalah bukti komitmen dan kejayaan dalam mengejar inovasi, dan motivasi datang daripada visi kami untuk sentiasa menyediakan pelanggan yang terbaik," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Sejak pelancarannya, Rize telah menubuhkan akaun simpanan-i Rize digital sepenuhnya untuk pelanggan Malaysia. 

 

 

alrajhi

 

 

Ini membolehkan rakyat Malaysia membuka akaun bank di mana-mana, bila-bila masa, hanya dari telefon bimbit dalam masa kurang daripada 5 minit. 

 

Pelanggan juga boleh memohon pembiayaan peribadi sepenuhnya daripada telefon bimbit, yang mana dana akan didepositkan ke dalam akaun digital mereka dalam beberapa minit, yang mana pertama dalam pasaran Malaysia. - DagangNews.com