RHB Investment semak turun unjuran pendapatan Ta Ann sebanyak 3% bagi FY23 | DagangNews Skip to main content

RHB Investment semak turun unjuran pendapatan Ta Ann sebanyak 3% bagi FY23

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 Dis - RHB Investment menyemak turun unjuran pendapatan Ta Ann Holdings Berhad sebanyak 3% bagi FY23 selaras dengan penurunan ramalan purata harga jualan (ASP) kayu balak dan papan lapis.

 

Katanya, pada masa sama mereka meningkatkan anggaran jumlah jualan kayu balak dan papan lapis serta bahagian keuntungan syarikat bersekutunya.

 

ASP papan lapis jatuh 27% dari tahun ke tahun manakala jumlah jualannya meningkat sebanyak 41%.

 

"Kami percaya lonjakan dalam permintaan adalah disebabkan pengimport menyimpan stok inventori mereka selepas beberapa suku pesanan lemah dan ia menyatakan bahawa permintaan papan lapis kekal secara relatif lemah berbanding tahap pra pandemik.

 

"Permintaan kayu balak kekal teguh, kerana jumlah jualan kumpulan meningkat 16% manakala output log melemah 20%," katanya dalam satu nota kajian.

 

Terdahulu, pendapatan 9MFY23 kumpulan itu sebahagian besarnya menepati anggaran kerana firma penyelidikan itu menjangkakan separuh kedua yang lebih kukuh mengikut musim, memandangkan musim pengeluaran memuncak.

 

Untung sebelum cukai unit kayu menjunam 68% kepada RM8.2 juta pada 3QFY23 menjadikan untung sebelum cukai 9MFY23 menyusut 56%.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM4.00 sesaham. - DagangNews.com