Ramssol bekerjasama dengan Laiye untuk edar perisian AI-RPA di Malaysia dan Asia Tenggara | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Ramssol bekerjasama dengan Laiye untuk edar perisian AI-RPA di Malaysia dan Asia Tenggara

(Dari kiri) Pemangku Ketua Pegawai Operasi Ramssol, Brian Liew, Cllement Tan, Ketua Pegawai Operasi Laiye, Robert Zhou dan Rakan Kongsi dan Naib Presiden Kanan Laiye, Leon Fan ketika memeterai perjanjian pengedaran antara Ramssol dan Laiye, baru-baru ini.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 2 Jun - Kumpulan Ramssol, melalui anak syarikatnya Rams Solutions memperoleh perjanjian pengedaran eksklusif dengan Laiye Pte Ltd untuk pengedaran perisian AI-Robotic Process Automation (AI-RPA) di Malaysia dan pasaran Asia Tenggara yang lain.

 

Kumpulan dalam kenyataan berkata, Rams akan berfungsi sebagai pengedar eksklusif dan rakan kongsi perkhidmatan, bertanggungjawab untuk jualan, pemasaran, penjenamaan dan perkhidmatan sokongan.

 

Katanya, perkongsian itu dijangka menjana pendapatan AS$3 juta, dengan AS$0.8 juta daripada jualan lesen dan AS$2.2 juta daripada hasil perkhidmatan.

 

"Kerjasama ini bertujuan untuk menyediakan penyelesaian dan sokongan automasi yang disesuaikan kepada pelanggan.

 

"Perjanjian itu mencerminkan rekod prestasi Ramssol yang berjaya dalam melancarkan produk AI-RPA Laiye di Malaysia," katanya.

 

Dengan teknologi Laiye, Ramssol merancang untuk mengembangkan kehadirannya di Asia Tenggara dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk transformasi digital.

 

Perkongsian itu sejajar dengan usaha Ramssol untuk mengembangkan perkhidmatan ITnya dan meningkatkan prestasi kewangannya.

 

 

ramssol

 

 

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ramssol, Cllement Tan berkata, Ramssol ialah rakan kongsi yang ideal untuk Laiye kerana ingin mengembangkan liputannya ke seluruh rantau Asia Tenggara.

 

"Sejak bermulanya kerjasama kami dua tahun lalu, Laiye telah menjadi rakan kongsi penting untuk Ramssol sambil kami terus melancarkan penyelesaian automasi AI dan mengukuhkan keupayaan Rams People Tech dan cadangan nilai kami. 

 

"Teknologi automasi pintar Laiye setakat ini telah menunjukkan kadar penggunaan yang tinggi dan terbukti boleh digunakan untuk kebanyakan industri dan perniagaan, terutamanya bidang automasi perniagaan terutamanya dalam HCM dan kewangan," katanya. - DagangNews.com