Radium Development sumbang RM30,000 untuk bantu kanak-kanak kurang bernasib baik | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Radium Development sumbang RM30,000 untuk bantu kanak-kanak kurang bernasib baik

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 14 Feb - Radium Development Berhad menyumbang sebanyak RM30,000 beserta dua buah sofa kepada Rumah Perlindungan Kanak-kanak di Taman Overseas Union Garden di sini, dalam usaha meneruskan komitmen membantu mereka yang kurang bernasib baik.

 

Sumbangan diserahkan kepada Penolong Pengurus Besar rumah perlindungan tersebut, CK Yong oleh Pengarah Urusan Kumpulan Radium, Datuk Gary Gan.

 

Gary berkata, usaha tersebut adalah asas pihaknya adalah komitmen kepada masyarakat dan Rumah Perlindungan untuk Kanak-kanak dalam memberi peluang untuk mendekati dan membantu kanak-kanak yang memerlukan. 

 

Katanya, pihaknya akan memulakan lebih banyak program untuk mengukuhkan komitmen kami dan semangat untuk membantu komuniti sekeliling.

 

“Ini hanyalah permulaan usaha berterusan kami untuk menyokong mereka yang memerlukan dalam komuniti kita. 

 

"Kami juga berharap untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dan wujudkan slogan Building Good kami, "Good Heart," yang merujuk kepada cara kita mengambil berat dan memberi kembali, memastikan kami berhubung rapat dengan masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Selain menyerahkan sumbangan, pasukan pengurusan Radium dan kakitangan juga menyediakan makan tengah hari dengan semua kanak-kanak di rumah perlindungan, selain memberikan angpau kepada mereka sempena sambutan Tahun Baru Cina, baru-baru ini.

 

 

radium
Datuk Gary Gan (dua, kiri) menyerahkan replika cek kepada CK Yong (dua, kanan) di Rumah Perlindungan Kanak-kanak di Taman Overseas Union Garden, Kuala Lumpur pada 14 Februari 2023.

 

 

Untuk maklumat lanjut dan menyumbang, derma atau menyokong Rumah Perlindungan untuk Kanak-kanak, sila layari https://www.shelterhome.org. - DagangNews.com