Program perantis Todak Academy latih individu jadi pemain E-sukan profesional Mobile Legends | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Program perantis Todak Academy latih individu jadi pemain E-sukan profesional Mobile Legends

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 5 Dis - Todak Academy memperkenalkan Program Perantis Todak kepada komuniti E-sukan sempena penganjuran Malaysia Hobby Expo 2023 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor, baru-baru ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Todak Academy, Mohamad Taufik Rizal berkata, program itu bertujuan membimbing individu yang ingin menjadi seorang pemain profesional permainan terkemuka, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). 

 

Katanya, melalui program itu, peserta akan menerima bimbingan dan latihan dari jurulatih dan pemain E-sukan terkemuka dalam industri, membolehkan mereka mengejar kerjaya dalam permainan MLBB.

 

"Kami sangat berbesar hati dan mendengar permintaan komuniti di luar sana, yang mana ramai bertanya bagaimana ingin menyertai Todak dan menjadi pemain profesional MLBB?

 

"Kini kami bekerjasama dengan Todak Gaming untuk melancarkan Program Perantis Todak.

 

"Matlamat kami adalah untuk membina dan mencari pelapis generasi seterusnya, dan pelancaran ini adalah langkah penting untuk mencapai visi tersebut," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

 

todak
Mohamad Taufik Rizal

 

 

Terdahulu, pelancaran tersebut dihadiri pemain-pemain E-sukan Todak, pakar-pakar industri, dan peminat E-sukan. 

 

 

todak

 

 

todak

 

 

todak

 

 

Selain itu, para pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Program Perantis Todak. - DagangNews.com