PM hadir sambutan Aidilfitri Kementerian Pengajian Tinggi | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PM hadir sambutan Aidilfitri Kementerian Pengajian Tinggi

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama para pelajar pengajian tinggi semasa majlis Sambutan Aidilfitri Warga Kementerian Pengajian Tingggi (KPT). - Gambar BERNAMA

PUTRAJAYA 31 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri bersama warga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di sini.

 

Ismail Sabri yang tiba pada 12.50 tengah hari, disambut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

 

Antara tetamu yang hadir ialah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

 

Ismail Sabri meluangkan masa kira-kira 30 minit di majlis yang dihadiri 5,000 tetamu, terdiri daripada warga KPT, pelajar institut pengajian tinggi, ahli-ahli lembaga pengarah universiti, naib-naib canselor, wakil-wakil industri serta para pemimpin tempatan.

 

Sementara itu, Perdana Menteri turut menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Belia dan Sukan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

 

Ketibaan Ismail Sabri disambut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan timbalannya, Datuk Seri Ti Lian Ker.

 

Hadir sama pada majlis itu, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

 

 

pm
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (duduk, tengah) menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitiri Kementerian Belia dan Sukan. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (duduk, kiri) dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker. Gambar BERNAMA

 

 

Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin turut hadir, lapor Bernama.

 

Majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran legenda bola sepak Datuk Santokh Singh, bekas jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei, warga sukan dan atlet negara. - DagangNews.com