KUALA LUMPUR 6 Sept - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengurus Besar Nahdatul Ulama (NU) yang dipimpin oleh Kiyai Haji Yahya Cholil Tsaquf bersama deligasi pertubuhan itu di Jakarta, Indonesia, malam tadi.
Anwar menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, pertemuan yang diadakan selepas selesai Temu Anwar Jakarta itu menyentuh kepentingan menguasai dan memelihara ilmu turath serta keupayaan membaca situasi semasa.
"Saya singgung pengalaman panjang saya bersama Almarhum Abdurrahman Wahid (Gus Dur), bekas Presiden Indonesia serta pemimpin NU yang saya anggap sebagai sahabat yang setia dari waktu saya hadapi kesukaran dalam perjuangan politik saya.
"Saya juga zahirkan penghargaan kepada kepimpinan NU yang sudi hadir untuk bertemu dan bertukar pandangan," katanya.



Tambah Anwar, beliau berharap perbincangan seperti itu akan dapat dilakukan lagi demi manfaat umat. - DagangNews.com








