KUALA LUMPUR 17 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan mengejut di Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan, di sini.
Anwar menerusi hantaran di Facebooknya berkata, beliau turut meninjau keadaan infrastruktur dan fasiliti sekeliling sekolah berkenaan.
"Usai program di Sungai Besi, saya sempat mengadakan lawatan mengejut di SK Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan tengah hari tadi.
"Saya tinjau keadaan infrastruktur dan fasiliti sekeliling sekolah termasuk status tandas yang kini dalam penambahbaikan secara berperingkat untuk dinikmati dan digunakan warga sekolah.



"Sayugia, adalah menjadi harapan saya agar warga sekolah khasnya para murid dapat menikmati kemudahan disediakan dalam mewujudkan persekitaran selesa serta kondusif," katanya.


Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI serta Pusat Penjaja MADANI di Desa Tasik Sungai Besi hari ini. - DagangNews.com








