Pharmaniaga diunjur catat rugi bersih sebanyak RM41 juta pada FY23, kata Kenanga Research | DagangNews Skip to main content

Pharmaniaga diunjur catat rugi bersih sebanyak RM41 juta pada FY23, kata Kenanga Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 30 Nov - Kenanga Research mengunjurkan Pharmaniaga Berhad mencatatkan rugi bersih sebanyak RM41 juta bagi FY23 berbanding untung bersih sebanyak RM34 juta seperti yang dianggarkan sebelum ini kesan daripada kerugian bersih yang besar dicatatkan bagi tempoh 9MFY23.

 

Katanya, kumpulan itu melaporkan kerugian bersih sebanyak RM45 juta 9MFY23 berbanding ramalan keuntungan bersih setahun penuh sebanyak RM34 juta dan keuntungan bersih konsensus setahun penuh sebanyak RM42 juta. 

 

Firma penyelidikan itu berkata, faktor yang mendorong kepada ramalan itu sebahagian besarnya datang daripada hapus kira inventori.

 

"Kumpulan itu merekodkan kerugian bersih sebanyak RM49 juta bagi 3QFY23 berbanding keuntungan RM2 juta pada 2QFY23 disebabkan hapus kira invenstori seperti yang dimaklumkan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

BACA JUGA: Kerugian bersih Pharmaniaga semakin teruk kepada RM49.3 juta pada S3

 

Terdahulu, hasil yang lebih rendah kumpulan itu didorong oleh penurunan 33.4% yang ketara dalam jualan dalam perniagaan bukan konsesi, berpunca daripada kehilangan tender untuk produk kanser darah.

 

Namun begitu, ia berkata impak itu disederhanakan oleh peningkatan prestasi dalam pasaran swasta dan segmen operasi Indonesia.

 

Dalam perkembangan berasingan, Kenanga Research berkata, kumpulan itu telah mengemukakan cadangan untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) termasuk cadangan pengurangan modal sebanyak RM180 juta modal saham terbitan selain terbitan hak 1.18b saham baharu pada nisbah empat bagi setiap lima saham yang dipegang oleh pemegang saham sedia ada bersama-sama dengan 1.18 bilion waran percuma.

 

Katanya, pemegang saham yang memiliki 5,000 saham kumpulan itu berhak melanggan 4,000 saham baharu dan mendapat 4,000 waran percuma dan kumpulan itu mencadangkan penempatan persendirian 714 juta saham baharu atau 26.9% daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan.

 

Firma penyelidikan itu kekal berhati-hati terhadap prospek kumpulan itu kesan daripada ekuiti pemegang saham negatif sebanyak RM264 juta pada 30 September 2023 menghalang keupayaannya untuk memberikan dividen dan kerajaan mencari kontrak nilai untuk wang yang lebih baik dan Pharmaniaga mungkin perlu menawarkan kadar baharu yang lebih kompetitif.

 

"Kami mengekalkan saranan 'underperform' dengan harga sasaran 31 sen sesaham," katanya. - DagangNews.com