KUALA LUMPUR 27 Ogos - Petronas saman Sudan Selatan atas dakwaaan menyekat penjualan AS$1.25 bilion Nile Petroleum di negara itu, dan sebaliknya mengambil alih perniagaan itu.
Petronas International Corporation memfailkan kes tersebut terhadap Republik Sudan Selatan pada 23 Ogos, menurut laman web The International Centre for Settlement of Investment Disputes yang merupakan sebahagian daripada Bank Dunia, lapor Bloomberg pada Isnin.
Nile Petroleum milik kerajaan Sudan Selatan menguasai medan minyak dan aset tempatan Petronas pada awal bulan itu, dan berkata ia sedang mencari rakan kongsi antarabangsa untuk kedua-dua mengekalkan operasi sambil meningkatkan pengeluaran di blok tersebut.

Menurut pengumuman Petronas pada 8 Ogos, syarikat itu akan keluar dari Sudan Selatan selepas menjalankan operasinya di negara itu selama sekitar tiga dekad.
Sementara itu, Petronas dan pegawai di Kementerian Petroleum Sudan Selatan tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk mendapatkan komen.- DagangNews.com








