Pertumbuhan pinjaman keseluruhan sektor susut kepada 5.7% pada suku ketiga 2023, kata AmInvestment | DagangNews Skip to main content

Pertumbuhan pinjaman keseluruhan sektor susut kepada 5.7% pada suku ketiga 2023, kata AmInvestment

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 Dis - Pertumbuhan pinjaman bagi keseluruhan sektor menguncup kepada 5.7% pada suku ketiga tahun ini berbanding 6.2% pada suku sebelumnya.

 

AmInvestment Bank Research berkata, kebanyakan pinjaman domestik bank melebihi industri sebanyak 4.3% pada akhir September 2023.

 

"Bagaimanapun, pertumbuhan pinjaman Alliance Bank meningkat kepada 10% disumbangkan oleh peningkatan kadar pinjaman daripada semua segmen, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), komersial, korporat dan perbankan pengguna.

 

"Hong Leong Bank pula mencatat pertumbuhan pinjaman domestik yang kukuh sebanyak 7.5% YoY diterajui oleh gadai janji, pembiayaan kenderaan, PKS dan pinjaman komersial," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, pendapatan asas bank bagi sembilan bulan 2023 meningkat 5% disumbangkan oleh pendapatan bukan faedah (NOII) yang lebih tinggi dan peruntukan yang lebih rendah, sebahagiannya diimbangi oleh pendapatan faedah bersih (NII) yang lebih lemah daripada pemampatan margin faedah bersih (NIM) dan perbelanjaan yang lebih tinggi.

 

NOII bank meningkat 13.7% bagi sembilan bulan tahun ini didorong oleh keuntungan tukaran mata wang asing Maybank yang lebih tinggi dan pelaburan CIMB yang lebih kukuh dan pendapatan berkaitan pasaran.

 

"Sementara itu, NOII Public Bank meningkat disebabkan oleh pembrokeran saham dan pendapatan tukaran mata wang asing  yang lebih tinggi. 

 

"OPEX bank meningkat 5.2% bagi tempoh samadisebabkan sebahagian besarnya disebabkan peningkatan dalam kos peribadi daripada pelarasan gaji pekerja kesatuan di bawah perjanjian kolektif dan perbelanjaan penubuhan yang lebih tinggi termasuk kos IT," katanya.

 

Bagaimanapun, AmInvestment menjangkakan saingan deposit berterusan dengan kempen berterusan oleh bank pada suku keempat tahun in dengan menawarkan kadar depositi tetap yang kompetitif dengan temppoh matang pada 2024.

 

Katanya, kos dana berkemungkinan kekal dinaikkan dalam tempoh terdekat sehingga pivot Rizab Fed pada kadar faedah.- DagangNews.com